Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, June 17, 2017

Semalam punya menu berbuka puasa.

Assalamu'alaikum.

Semalam punya menu berbuka puasa.


Ni semalam punya cerita la. Ingat nak buat entri ni semalam jugak tapi apakan daya, terkejar-kejar dek masa. Sibuk bebeno gamaknya bulan puasa ni. Entah apa yang disibukkan, tak tau la. Haha.


Oh ya, semalam aku belajar buat kurma ayam ni. Sebenarnya dah lama sangat teringin nak cuba masak kurma ayam ni tapi tu la, manjang la dok tangguh-tangguh je. Entah apa yang meresap ke hati, semalam jugak aku cuba buat.


Resepi? Aku tak google tapi aku cuma tengok resepi dan cara masak kat belakang peket rempah kurma tu je. Sukatan bahan? Biasa la, ikut suka hati aku je. Ada yang aku tambah dan ada yang aku kurangkan. Biasa la tu, kan? Haha.




Lepas tu, aku panaskan pajeri nanas frozen yang aku buat hari tu. Dah jimat masa nak masak-masak. Heh.




Masa aku tengah sibuk memasak, akak sebelah rumah bagi satu plastik karipap yang masih panas. Alhamdulillah. Rezeki la ni, kan? Sehari sebelum tu aku ada bagi dia kuih cucur badak yang aku buat. Ada lebihan keledek hari tu. Tu yang aku buat lagi kuih cucur badak tu. Lagipun inti diapun masih ada lagi.




Buat kurma ayam ni, teringat pulak kat sorang chatterz zaman @15 dulu. Aku pernah sembang-sembang dengan dia fasal kurma ayam ni. Sembang kat facebook je la. Dia siap bagi resepi dan cara dia buat kurma ayam. Masa ni memang rasa tercabar la jugak sebab dia lelaki, dah boleh buat kurma ayam tapi aku? Rasanya dah 7 tahun lebih dah kot niat aku nak belajar buat kurma ayam ni tapi baru semalam tercapai impian tu. Heh.


p/s: Mana la budak tu sekarang agaknya ya. Apapun, moga dia baik-baik sahaja menempuh hidup yang mencabar ini. Tiba-tiba rindu pulak zaman jadi cetez tegar @15 dulu. Hahaha.

Wednesday, June 14, 2017

Cara buat cucur badak.

Assalamu'alaikum.

Cara buat cucur badak.


Ini merupakan kali pertama aku buat kuih cucur badak ni dan kali kedua aku buat intinya. Resepi intinya aku main google je. Tapi aku takde la ikut betul-betul sukatan yang ada dan ada juga bahan yang aku tambah atau keluarkan. Maklum la, kita punya lidah ni tak sama masa merasa. Tu yang kena pandai ejas ikut rasa lidah sendiri.




Sukatan bahan untuk buat kuih cucur badak ni aku main agak-agak je. Takde sukatan yang spesifik. Main redah dan yakin je. Yang pasti, aku gunakan keledek putih. Dua kilo lebih aku beli keledek ni tapi aku gunakan dalam sekilo lebih je. Tepung gandum pulak aku guna dalam secawan. 

















p/s: Kuih cucur badak aku ni sudah selamat aku frozen-kan. 

Thursday, June 8, 2017

Baju melayu anak buah.

Assalamu'alaikum.

Baju melayu anak buah. 


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Siap dah tiga pasang baju melayu anak buah aku. Lega rasa hati. Rasa ringan sikit bebanan yang ada atas bahu. Cehh.. Hahaha.






Sebenarnya ni kain baju melayu untuk raya tahun lepas. Disebabkan bulan puasa tahun lepas aku ditimpa sakit, maka akupun tak dapatlah nak menjahit. Makanya, tahun ni aku kenalah siapkan semua baju melayu yang tertunggak tu. 


p/s: Alhamdulillah, aku dah semakin sihat walaupun kini terpaksa makan ubat. Terima kasih pada kawan-kawan di laman sosial yang turut mendoakan kesihatan aku agar pulih seperti sediakala. Moga Allah beri kesihatan yang baik kepada anda semua. Aamiin.

Wednesday, June 7, 2017

Masak yang ringkas-ringkas je.

Assalamu'alaikum.

Masak yang ringkas-ringkas je.


Dah siap masak untuk berbuka puasa? Aku macam biasa la. Masak yang sempoi je. Bulan puasa ni malas nak berhempas pulas masak yang renyah-renyah. Simpan tenaga la katakan. Haha.


Petang ni aku cuma buat masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan rebung, masak sup cendawan tiram campur carrot dan kacang buncis dan panaskan ikan cencaru sumbat sambal yang masih lagi berbaki dua ekor. Petang semalam dorang pergi bazar ramadan dan beli seekor ayam golek. Tu yang ikan cencaru sumbat sambal tu masih ada baki.




Rebung hari tu baru hari ni aku masak. Masak sikit je pun rebung tu sebab takut dorang kat rumah ni tak makan. Kang membazir pulak. Hari tu tak jadi nak masak rebung ni sebab mak aku kata kalau rebung baru, kena peram dulu. Kalau terus masak, takut nanti rebung tu pahit. 




p/s: Bulan puasa ni aku tak rajin nak buat kuih muih. Ada la sekali hari tu aku buat kuih buah melaka, sekali buat bubur jagung dan dua kali buat bubur kacang. Kalau rasa teringin nak makan kuih, beli je seringgit dua kat bazaar ramadan.  

Hargai apa yang kita ada.

Assalamu'alaikum.

Hargai apa yang kita ada.


Bagi sesetengah orang, mungkin dia tak pandang dah dengan duit koyak macam ni. Dia buat tak tau je. Atau lebih sadis lagi, terus je dia buang duit ni. Apa yang pasti, orang tu bukan aku sebab aku sangat menghargai setiap sen yang aku ada. Setiap sen itu adalah rezeki dari Allah. Jangan lupa itu dan jangan kufur nikmat.




Oleh sebab itulah, gigih aku selotep duit seringgit yang dah koyak ni. Duit ni aku jumpa dalam mesin basuh. Sekeping dalam mesin basuh dan sekeping lagi dalam poket seluar. Masa jumpa sekeping yang pertama tu, aku dah rasa ralat dah. Kecewa? Memang rasa kecewa sebab sayang duit tu dah tak boleh nak digunakan lagi.




Lepas tu, masa menyidai kain, terasa la sesuatu dalam satu poket seluar ni. Akupun seluk la poket tu dan keluar la bahagian yang sekeping lagi tu. Masa ni muka dah mula senyum dah. Dalam hati dah ucap Alhamdulillah dah. Dah plan nak cantum duit ni guna selotep. 




Syukurlah duit seringgit ni tak hancur. Jika hancur, bermakna hancur jugaklah hati aku melihatnya. Heh. Dan sekarang duit tu dah selamat aku cantum. Nombor siri tak terjejaspun. Kiranya duit ni masih laku lagi la, kan? Jangan kata duit ni tak laku sebab aku selalu je dapat duit kertas yang berselotep masa beli barang di kedai. 




p/s: Duit seringgit ni mungkin takde nilainya pada sesetengah orang tapi sangat besar nilainya pada orang yang betul-betul memerlukan. Makanya, sementara kita ada rezeki ni, hargai setiap rezeki yang Allah beri itu.

Tuesday, June 6, 2017

Resepi cencaru sumbat sambal dan cara membuatnya.

Assalamu'alaikum.

Resepi cencaru sumbat sambal dan cara membuatnya.

Petang semalam, aku ke bandar. Singgah la kat pasaraya dan akupun beli la ikan cencaru ni. Nampak macam segar je ikan cencaru tu. Tu yang aku beli tu.


Petang ni, akupun buat la cencaru sumbat. Pertama kali nak cuba buat cencaru sumbat sambal ni. Resepi tu google aje la tapi ada la satu dua bahan yang aku tambah dan buang. Biasa la, mana best kalau main ikut je resepi orang. Takde thrill gitu. Haha. 


 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana besar.



^
Bahan untuk tumis yang perlu dikisar. Boleh juga tumbuk jika rajin. Aku ni malas. Haha.
v


 ^
Bersihkan ikan dan belah bahagian belakangnya. Telur ikan tu jangan dibuang pulak. Boleh je bakar sekali nanti. Sedap woo telur ikan ni. Heh.
v


 ^
Ikan cencaru yang sudah siap dibelah belakangnya dan daun kunyit yang diperlukan untuk membungkus ikan tu nanti. Tulang kat belakang daun tu kenalah buang sikit. Kalau tak buang, nanti susah nak lipat daun kunyit tu.
v


Okay, sekarang proses nak menumis sambal dan menyumbat ikan cencaru tadi.


 Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi.



 ^
Apabila bahan tumis sudah layu dan berbau harum, masukkan 5 sudu makan cili kering kisar. Teruskan memasak hingga sambal pecah minyak.
v


 ^
Lepas tu, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam sambal. Masukkan juga garam secukup rasa. Aku tambah dua sudu makan sos tiram.  Teruskan mengacau hingga sambal betul-betul masak dan kering.
v


Sekarang, proses nak sumbat sambal, proses membalut dan proses membakar cencaru sumbat sambal ni pulak.


 ^
Aku gunakan kuali leper ni je sebab aku takde kuali ajaib. Aku lapikkan kuali dengan daun pisang.
v


 ^
Isikan sambal di bahagian belakang dan depan ikan.
v


^
Letakkan ikan cencaru yang sudah disumbat sambal tadi di atas sehelai daun kunyit. Lipatkan daun dan bungkus ikan tadi. 
v


 ^
Ni untuk buat kelongsong untuk isi telur ikan tadi.
v





p/s: Alhamdulillah. Jimat bajet jika masak sendiri. :D

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)